Sunday 18 November 2012

Parts of The Body


Teacher's Guide
Ask the pupils to look at their friends and name parts of the body
Allow the pupils  to have fun as they dramatise what they can do with each part



Learn about shapes

Teacher's Guide
Encourage the pupils to talk about the colours and shapes around them.
Give them plenty of practise to identify colours and shapes that they have seen around them with real-life examples.


Learn The Parts of The Body



Demi Bangsa dan Negara..


Nombor


Membilang
Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang mana murid-murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Terdapat 4 prinsip mmbilang yang perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka dapat membilang secara rasional dan bukan secara hafalan.
Empat prinsip ini adalah:

  • Prinsip padanan satu dengan satu, dimana murid dapat memadankan satu objek dengan satu nama nombor.
  • Prinsip susunan nombor yang mengikut urutan iaitu bermula dari satu, dua, tiga...dan seterusnya.
  • Prinsip "Cardinal" iaitu nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang dibilang. 
  • Prinsip "Ketakberkaitan" iaitu boleh memulakan pengiraan dari mana-mana kedudukan, tidak semestinya dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri. 
Untuk menjadi pembilang yang rasional, murid harus menguasai keempat-empat prinsip tersebut.

Konsep Nombor
Sistem nombor yang digunakan hari ini mempunyai 4 ciri penting iaitu:
  • nilai tempat- kedudukan digit mewakili nilai tertentu
  • asas sepuluh- bermaksud koleksi sepuluh yang mempunyai 10 digit. Dari sifar ke sembilan
  • penggunaan sifar- simbol untuk sifar menyatakan sesuatu yang tidak wujud
  • mempunyai nilai tambah- nombor boleh ditambah berdasarkan nilai tempat.
Contoh aktiviti membilang nombor 1 hingga 50 dan memadan simbol dengan objek.

Operasi Nombor
Prasyarat sebelum mengajar operasi nombor adalah:
  • membilang- berdasarkan empat prinsip membilang secara rasional
  • pengalaman konkrit- operasi dimulakan dengan bahan maujud secara bergambar atau simbol
  • konteks pemyelesaian masalah- satu situasi penyelesaian masalah diberi
  • penggunaan bahasa yang betul- bahasa yang betul perlu digunakan supaya operasi itu lebih bermakna
Operasi Tambah
Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol) ketika mengajar operasi tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol. Contohnya:
  1. Menggunakan objek konkrit
  2. Menggunakan bahasa yang betul
  3. Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut
  4. Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut
Operasi Tolak
Operasi tolak mempunyai beberapa makna atau pengertian seperti berikut:
  • Memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihat baki yang tinggal.
  • Membanding dan mencari perbezaan. Ini melibatkan dua kuantiti dan melihat perbezaan.
  • Berapa lagi yang diperlukan. Ini melibatkan satu kuantiti keseluruhan yang mana satu bahagian telah diketahui dan kita perlu ketahui bahagian yang tinggal
Pengukuran
Pengukuran adalah satu proses dimana satu nombor diberikan kepada ciri (attribute) (contohnya panjang, berat, kapasiti, luas, isipadu, suhu dan masa) sesuatu objek atau peristiwa. Dua jenis unit boleh digunakan dalam pengukuran iaitu:
  1. Unit Arbitrari (Arbitrary)- contohnya jengkal, bilangan klip kertas, tapak kaki, langkah
  2. Unit piawai seperti:
  • sentimeter - panjang
  •  liter- isipadu
  • kilogram - berat 
  • meter persegi - luas 
  • darjah celcius - suhu
  •  meter padu - isipadu
Terdapat beberapa peringkat untuk mengajar konsep pengukuran iaitu:
  1. Tahap satu: Perbandingan secara terus objek konkrit. Contohnya : banding secara terus ketinggian dua orang murid, berat dua objek atau dua suhu yang berbeza.
  2. Tahap dua: Penggunaan unit arbitrari dalam membandingkan dua atau lebih objek secara tidak langsung. Contohnya : Gunakan klip kertas sebagai unit untuk mengukur dua batang pensel
  3. Tahap 3: Penggunaan unit standard dengan menggunakan instrumen seperti pembaris, penimbang, jangka suhu. Contohnya: Guna pembaris untuk ukur panjang pensel dalam unit cm dan guna penimbang untuk ukur berat sebuah buku
Konsep Masa
Masa adalah satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dinilai dengan mata kasar. Masa boleh diukur dengan dua cara iaitu: 
  • Tempoh masa (peristiwa yang mengambil kira masa ia berlaku)
  • Waktu ia berlaku (ketika peristiwa itu berlaku)
Unit arbitrari untuk pengukuran masa seperti ayunan bandul, titisan air, denyutan jantung dan jam pasir. Unit formal untuk pengukuran masa pula seperti jam, hari, minggu, bulan dan tahun.
Empat pengalaman utama yang berkaitan dengan masa adalah: 
  1. Memulakan dan menghentikan sesuatu melalui isyarat
  2. Melalui pengalaman bercerita sesuatu yang berkaitan dengan kadar pergerakan seperti pantas, lambat.
  3. Membuat perbandingan mengikut sela masa
  4. Menjangka, mengingat dan menerangkan turutan peristiwa tertentu
Konsep Ruang
Merujuk kepada sesuatu objek yang terletak dalam ruang seperti depan, belakang, atas, bawah, sisi, tengah, luar dan dalam.
Kedudukan relatif:
  • Kedekatan (proximity) - contohnya kereta itu lebih dekat dengan pokok berbanding rumah
  • Pemisahan (separation) - contohnya rumah Siti dipisahkan dengan rumah Kay oleh sebatang sungai
  • Susunan / Urutan (order) - contohnya beg disusun dari kecil ke besar
  • Lingkungan (enclosure) - contohnya rumah itu dilingkungi oleh pokok-pokok

Thursday 15 November 2012

Perkembangan Awal Matematik


Penguasaan matematik awal oleh murid prasekolah penting kerana ianya merupakan asas untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi. Pembelajaran matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan bermakna dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untuk mempelajari matematik.


Pranombor

Pengelasan 
Adalah pengumpulan objek dalam kelas atau sub-kelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpul objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan:

  • satu ciri- mengelas mengikut warna, bentuk dan saiz.
  • dua ciri- warna dan bentuk, saiz dan warna, bentuk dan saiz.
  • tiga ciri- warna, bentuk dan saiz.
Perbandingan
Berlaku apabila kita membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk memastikan murid-murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan seperti lebih banyak, lebih kurang dan lebih tinggi.
Contoh: membandingkan sedikit dan banyak, tinggi dan rendah, kecil dan besar serta yang mana lebih banyak.

Seriasi
Merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul.
Contoh:
  • kecil -->besar, nipis --> tebal, rendah --> tinggi, pendek--> panjang, sempit --> luas.
Padanan satu dengan satu
Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza.
Contoh: Padanan cawan dengan piring, berus gigi dengan ubat gigi dan kasut kanan dengan kasut kiri.

Pola
Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid iaitu:
  • meniru pola
  • menyambung pola
  • melengkapkan pola
  • membina pola sendiri
Contoh: Meniru Pola
Guru Menunjukkan kepada murid satu rantai manik dan meminta murid membina rantai yang serupa

Wednesday 14 November 2012

Penggunaan ICT



Dalam mencapai matlamat pembangunan pendidikan seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengistiharkan tiga dasar utama ICT seperti berikut:
  • Semua murid memperolehi kemahiran menggunakan ICT (literasi ICT)
  • Peranan dan fungsi ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran
  • Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan
Penggunaan ICT penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ICT:
  • Membantu membentuk persepsi dan pemikiran murid
  • ICT sebahagian daripada kehidupan masa kini
  • Boleh dijadikan bahan bantu mengajar
  • Boleh diprogramkan dengan perisian khas
  • Dapat merangsang minat murid dan memberi keseronokan
  • Dapat merangsang kreativiti dan pemikiran
  • Membantu memudahkan murid memahami konsep sebab dan akibat
Penggunaan ICT tidak hanya terhad kepada penggunaan komputer dan perisian tetapi juga merangkumi pelbagai media elektronik dan bukan elektronik seperti televisyen, perakam audio / video, kamera dan bahan bercetak seperti  akhbar, majalah, pamplet dan buletin

Panduan penggunaan komputer dalam bilik darjah:
  • Menyepadukan komputer dalam persekitaran pembelajaran supaya murid dapat menggunakannya sebagai satu sumber pengajaran dan pembelajaran
  • Menggunakan komputer sebagai sebahagian daripada kurikulum prasekolah
  • Dunia Tanpa Sempadan... 
  • Memilih perisian yang dapat menggalakkan pembelajaran dan pembelajaran murid secara aktif