Thursday 15 November 2012

Perkembangan Awal Matematik


Penguasaan matematik awal oleh murid prasekolah penting kerana ianya merupakan asas untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi. Pembelajaran matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan bermakna dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untuk mempelajari matematik.


Pranombor

Pengelasan 
Adalah pengumpulan objek dalam kelas atau sub-kelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpul objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan:

  • satu ciri- mengelas mengikut warna, bentuk dan saiz.
  • dua ciri- warna dan bentuk, saiz dan warna, bentuk dan saiz.
  • tiga ciri- warna, bentuk dan saiz.
Perbandingan
Berlaku apabila kita membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk memastikan murid-murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan seperti lebih banyak, lebih kurang dan lebih tinggi.
Contoh: membandingkan sedikit dan banyak, tinggi dan rendah, kecil dan besar serta yang mana lebih banyak.

Seriasi
Merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul.
Contoh:
  • kecil -->besar, nipis --> tebal, rendah --> tinggi, pendek--> panjang, sempit --> luas.
Padanan satu dengan satu
Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza.
Contoh: Padanan cawan dengan piring, berus gigi dengan ubat gigi dan kasut kanan dengan kasut kiri.

Pola
Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid iaitu:
  • meniru pola
  • menyambung pola
  • melengkapkan pola
  • membina pola sendiri
Contoh: Meniru Pola
Guru Menunjukkan kepada murid satu rantai manik dan meminta murid membina rantai yang serupa

No comments:

Post a Comment