Sunday 14 October 2012

KOLEKSI KENANGAN PRASEKOLAH SK TANJUNG GEMOK


Pelbagai gambar dimuatkan dalam satu movie untuk dijadikan kenangan terindah sewaktu bersama murid-murid Prasekolah 2012

Saturday 13 October 2012

Main Sosiodrama

Permainan ini melibatkan interaksi verbal antara kanak-kanak untuk melaporkan watak-watak dalam permainan tersebut. Dua kategori main sosiodrama adalah seperti berikut:


  • Main Sosiodrama yang melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik.
  • Main Sosiodrama fantasi dan imaginasi kanak-kanak.



Main Kognitif (Cognitive Play)

Dalam Main Kognitif, murid menggunakan bahan konkrit untuk memperolehi pengetahuan dan meningkatkan perkembangan kognitif psikomotor, sosioemosi dan kreativiti.
Beberapa kategori main kognitif adalah seperti Functional Play, Main Simbolik, Main Games and Rules dan Main  Konstruktif (Constructive Play).

Functional Play
Permainan ini berkait rapat dengan peringkat perkembangan sensori motor kanak-kanak dan melibatkan pengulangan pergerakan.

Main Simbolik
Permainan ini melibatkan penggunaan imaginasi dan main peranan. Kanak-kanak menggunakan sesuatu objek lain untuk mewakili objek sebenar. Contohnya kotak dianggap sebagai kereta dan bongkah sebagai rumah.

Main Games and Rules 
Kanak-kanak bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkah laku mereka semasa bermain adalah mengikut had dan peraturan permainan tersebut.

Main  Konstruktif (Constructive Play).
Kanak-kanak bermain untuk membina pengetahuan dan mengenali dunia mereka. Kanak-kanak menggunakan pelbagai bahan untuk menghasilkan ciptaannya seperti istana pasir, bangunan, kenderaan dan sebagainya mengikut daya kreativiti masing-masing.





Main Sosial (Social Play)

Main sosial berlaku apabila kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan atau berada dalam lingkungan kawasan permainan. Main sosial juga berlaku apabila kanak-kanak bermain secara sendirian atau berinteraksi dengan bahan.

Unoccupied Play
Murid tidak bermain dengan apa-apa alatan atau dengan sesiapa dalam kumpulan tetapi berada dalam kawasan permainan.

Onlooker Play
Penglibatan murid dalam permainan ini adalah minimum dan mereka lebih banyak memerhati rakan yang lain bermain. Mereka mungkin kelihatan pasif tetapi peka terhadap permainan tersebut.

Soliditary Play
Murid tersebut bermain sendirian tanpa menghiraukan rakan dan sekelilingnya.

Parallel Play
Murid tersebut bermain sendirian dengan menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakannya.

Associative Play
Murid bermain secara kumpulan menggunakan peralatan yang sama tetapi tiada matlamat dan peranan tidak ditentukan.

Cooperative Play
Murid bermain dalam satu kumpulan dan bekerjasama untuk mencapai satu matlamat.




Pembelajaran Yang Menyeronokkan Dan Bermakna

Pendekatan Melalui Bermain

Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui pendekatan ini murid boleh bermain dan berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara sendirian.

Pendekatan ini penting kerana:

  • Bermain adalah fitrah semulajadi kanak-kanak.
  • Kanak-kanak boleh  meneroka, membuat inkuiri penemuan, menyelesaikan masalah dan memperolehi pengalaman tanpa disedari.
  • Bermain boleh memupuk pemikiran yang fleksibel dan kreatif.
  • Dapat memberi peluang untuk kanak-kanak melahirkan perasaaan dan pemikiran.
  • Dapat mengembangkan kemahiran bahasa, literasi, kemahiran sosial dan kefahaman budaya.
  • Kanak-kanak dapat memahami dunia di persekitaran mereka.
  • Kanak-kanak boleh mengambil risiko dan kesilapan.
  • Aktivii bermain membantu perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh serta dapat memenuhi keperluan kognitif, efektif dan psikomotor.
Jenis Main

Terdapat pelbagai jenis main yang boleh dijadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Antaranya ialah:
  • Main Sosial (Social Play)
  • Main Kognitif (Cognitive Play)
  • Main Sosiodrama (Sociodramatic Play)

Sejarah Prasekolah SKTG

Kelas Prasekolah di SKTG mula beroperasi pada tahun 2003. Ia dilaksanakan di bawah dasar perluasan program pendidikan prasekolah mulai tahun 2003 di seluruh Malaysia. Ia mempunyai 3 buah kelas bagi menampung seramai 75 orang murid. Kelas ini menawarkan peluang pendidikan awal kepada murid-murid dari kawasan Kampung Tanjung Gemok, Kampung Tg. Pahang, Kampung Jawa dan Kampung Serinkin.

Syarat kelayakan umur adalah 6 tahun, manakala yang berumur 5 tahun akan turut diterima jika ada kekosongan atau penolakan dari tawaran pertama. Lokasi kelas di blok 'D' dan bangunan baru berhampiran padang sekolah. Kelas diubahsuai mengikut plan dan kesesuaian  aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Antara kelengkapan fizikal ialah satu ruang dapur, tandas dan taman permainan  untuk aktiviti fizikal murid.

Tiga orang guru yang berkelayakan telah dipilih untuk mengendalikan kelas-kelas prasekolah ini. Sementara itu, terdapat juga 3 orang pembantu pengurusan murid yang terpilih mengendalikan pengurusan dapur, kebajikan murid serta pengemasan bilik prasekolah di bawah penyeliaan guru prasekolah.