Sunday 18 November 2012

Nombor


Membilang
Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang mana murid-murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Terdapat 4 prinsip mmbilang yang perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka dapat membilang secara rasional dan bukan secara hafalan.
Empat prinsip ini adalah:

  • Prinsip padanan satu dengan satu, dimana murid dapat memadankan satu objek dengan satu nama nombor.
  • Prinsip susunan nombor yang mengikut urutan iaitu bermula dari satu, dua, tiga...dan seterusnya.
  • Prinsip "Cardinal" iaitu nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang dibilang. 
  • Prinsip "Ketakberkaitan" iaitu boleh memulakan pengiraan dari mana-mana kedudukan, tidak semestinya dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri. 
Untuk menjadi pembilang yang rasional, murid harus menguasai keempat-empat prinsip tersebut.

Konsep Nombor
Sistem nombor yang digunakan hari ini mempunyai 4 ciri penting iaitu:
  • nilai tempat- kedudukan digit mewakili nilai tertentu
  • asas sepuluh- bermaksud koleksi sepuluh yang mempunyai 10 digit. Dari sifar ke sembilan
  • penggunaan sifar- simbol untuk sifar menyatakan sesuatu yang tidak wujud
  • mempunyai nilai tambah- nombor boleh ditambah berdasarkan nilai tempat.
Contoh aktiviti membilang nombor 1 hingga 50 dan memadan simbol dengan objek.

Operasi Nombor
Prasyarat sebelum mengajar operasi nombor adalah:
  • membilang- berdasarkan empat prinsip membilang secara rasional
  • pengalaman konkrit- operasi dimulakan dengan bahan maujud secara bergambar atau simbol
  • konteks pemyelesaian masalah- satu situasi penyelesaian masalah diberi
  • penggunaan bahasa yang betul- bahasa yang betul perlu digunakan supaya operasi itu lebih bermakna
Operasi Tambah
Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol) ketika mengajar operasi tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol. Contohnya:
  1. Menggunakan objek konkrit
  2. Menggunakan bahasa yang betul
  3. Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut
  4. Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut
Operasi Tolak
Operasi tolak mempunyai beberapa makna atau pengertian seperti berikut:
  • Memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihat baki yang tinggal.
  • Membanding dan mencari perbezaan. Ini melibatkan dua kuantiti dan melihat perbezaan.
  • Berapa lagi yang diperlukan. Ini melibatkan satu kuantiti keseluruhan yang mana satu bahagian telah diketahui dan kita perlu ketahui bahagian yang tinggal
Pengukuran
Pengukuran adalah satu proses dimana satu nombor diberikan kepada ciri (attribute) (contohnya panjang, berat, kapasiti, luas, isipadu, suhu dan masa) sesuatu objek atau peristiwa. Dua jenis unit boleh digunakan dalam pengukuran iaitu:
  1. Unit Arbitrari (Arbitrary)- contohnya jengkal, bilangan klip kertas, tapak kaki, langkah
  2. Unit piawai seperti:
  • sentimeter - panjang
  •  liter- isipadu
  • kilogram - berat 
  • meter persegi - luas 
  • darjah celcius - suhu
  •  meter padu - isipadu
Terdapat beberapa peringkat untuk mengajar konsep pengukuran iaitu:
  1. Tahap satu: Perbandingan secara terus objek konkrit. Contohnya : banding secara terus ketinggian dua orang murid, berat dua objek atau dua suhu yang berbeza.
  2. Tahap dua: Penggunaan unit arbitrari dalam membandingkan dua atau lebih objek secara tidak langsung. Contohnya : Gunakan klip kertas sebagai unit untuk mengukur dua batang pensel
  3. Tahap 3: Penggunaan unit standard dengan menggunakan instrumen seperti pembaris, penimbang, jangka suhu. Contohnya: Guna pembaris untuk ukur panjang pensel dalam unit cm dan guna penimbang untuk ukur berat sebuah buku
Konsep Masa
Masa adalah satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dinilai dengan mata kasar. Masa boleh diukur dengan dua cara iaitu: 
  • Tempoh masa (peristiwa yang mengambil kira masa ia berlaku)
  • Waktu ia berlaku (ketika peristiwa itu berlaku)
Unit arbitrari untuk pengukuran masa seperti ayunan bandul, titisan air, denyutan jantung dan jam pasir. Unit formal untuk pengukuran masa pula seperti jam, hari, minggu, bulan dan tahun.
Empat pengalaman utama yang berkaitan dengan masa adalah: 
  1. Memulakan dan menghentikan sesuatu melalui isyarat
  2. Melalui pengalaman bercerita sesuatu yang berkaitan dengan kadar pergerakan seperti pantas, lambat.
  3. Membuat perbandingan mengikut sela masa
  4. Menjangka, mengingat dan menerangkan turutan peristiwa tertentu
Konsep Ruang
Merujuk kepada sesuatu objek yang terletak dalam ruang seperti depan, belakang, atas, bawah, sisi, tengah, luar dan dalam.
Kedudukan relatif:
  • Kedekatan (proximity) - contohnya kereta itu lebih dekat dengan pokok berbanding rumah
  • Pemisahan (separation) - contohnya rumah Siti dipisahkan dengan rumah Kay oleh sebatang sungai
  • Susunan / Urutan (order) - contohnya beg disusun dari kecil ke besar
  • Lingkungan (enclosure) - contohnya rumah itu dilingkungi oleh pokok-pokok

2 comments: